ROSYILAWATI BINTI MOHD RAZALI [D043586]

Monday 21 November 2011

PERKATAAN KONSONAN BERGANDING ny


Untuk download sila klik link di bawah. 


DOWNLOAD

Monday 7 November 2011

Modul Selan Osni 3

selan osni3
Untuk download sila klik link di bawah. Bahan ini adalah tambahan kepada modul sebelumnya.

Modul Selan Osni 2

Bahan ini adalah lanjutan daripada Madul Selan Osni Siri 1. Untuk muat turun anda boleh klik pada link di bawah.

DOWNLOAD

Selamat mencuba

Modul Selan Osni 1

selonosni1
Bahan ini merupakan bahan Anugerah Guru Inovatif Peringkat kebangsaan. Siri 1 memuatkan huruf-huruf abjad dan suku kata mudah KV. Pengajaran adalh dengan iringan lagu. sila download modul ini untuk kegunaan anak-anak anda.
Ilmu harus disebarkan bukan untuk disimpan.

Pemulihan Khas

PENDAHULUAN
    Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.
    Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

DEFINISI
    Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kagagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

KONSEP
Program Pendidikan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

OBJEKTIF
 Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
   i)Menguasai kemahiran asas 3 M.
   ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa.
   iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
   iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.

MENYUSUN STRATEGI       
  1. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
  1. Kenal pasti masalah murid.
  • Kenal pasti punca masalah murid.
  • Menjalin hubungan mesra dengan murid.
  • Menunjukkan penghargaan kepada murid.
  • Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
  1. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.
  • pendekatan bermain sambil belajar.
  • teknik bercerita.
  • teknik latih tubi.
  • teknik bersoal jawab.
  • teknik nyanyian.
  1. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
  1. Menjalankan aktiviti pengukuhan.
  1. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

CARA MENGENALPASTI MURID-MURID
1.      Pemerhatian.
2.      Temubual / soal selidik.
3.      Hasil kerja murid.
4.      Pentafsiran rekod prestasi setengah / akhir tahun (Rekod Profil).
5.      Pentafsiran rekod ujian IPP3M.
6.      Ujian diagnostik.
7.      Ujian bulanan.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles